Sepintas Lalu Tentang Homeopathy

Oleh : Khairul Anwar Bin Mustafa. (DHMS, Lincolnshire University International, USA)

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) telah berjaya menganjurkan seminar bertajuk “Ke Arah Pengiktirafan Pengajian Homeopathy di Malaysia, pada 30 Mac 2009 yang lalu. Seminar yang sepatutnya dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato Dr. Haji Mohd Ismail Merican, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah diwakilkan kepada Dr. Ramli Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional & Komplimentari, KKM. Dr. Ramli berkata kurikulum di peringkat tinggi adalah amat penting untuk kualiti dan keberkesanan homeopathy.
Paling terkini, COMPLEMENTARY MEDICINE DIVISION, MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA akan menganjurkan Conference on HOMEOPATHY 2011. bermula 15 – 17 July 2011, bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur, MALAYSIA. Semakin hari perubatan Homeopathy mula mendapat tempat di hati masyarakat di Malaysia dan mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri.


Homeopathy telah mula dikenali di Malaysia sejak lebih 50 tahun lalu. Di Amerika, perubatan homeopathy cukup popular dalam kurun ke-19 dan langsung lenyap dalam kurun ke-20, walau bagaimanapun kini homeopathy kembali bersinar, bertenaga di negara-negara Barat. Mengikut kajian dalam tahun 1990 dan kebelakangan ini telah didapati bahawa
*  32% rakyat Peranchis telah menggunakan ubat homeopathy
*  50% doktor keluarga di Peranchis berminat kepada homeopathy
*  32% daripada mereka telah memasukkan homeopathy dalam pengalaman mereka
*  42% doktor British merujukkan pesakit mereka kepada doktor homeopathy
*  11% daripada rakyat England telah mencuba homeopathy
(80% daripada mereka berpuas hati, hanya 7% kurang puas hati)

Kini beberapa banyak penyelidikan secara saintifik telah dan sedang dilakukan yang memberi pengesahan kepada sistem homeopathy.

Di Malaysia hampir setiap bandar-bandar besar telah ada klinik-klinik homeopathy. Rekod-rekod telah menunjukkan kejayaan banyak pengamal perubatan homeopathy (doktor homeopathy) di Malaysia yang mengubati pelbagai penyakit akut dan kronik.

Dalam perubatan homeopathy hanya orang-orang yang telah mencuba akan berpuas hati dan yakin terhadap sistem ini. Persoalannya, bagaimanakah sistem perubatan homeopathy dapat diketengahkan untuk meyakinkan kumpulan elit, golongan korporat dan teknokrat, dan masyarakat terpelajar?
Seringkali rungutan pesakit ialah diagnos atau temu bual “case-taking” mencari punca penyakit yang dideritai pesakit terlalu panjang dan membosankan. Persepsi mengenai pantang larang yang melampau juga membatasi dan telah menjauhkan pesakit dari mengamal kaedah perubatan Homeopathy. Pada pandangan saya adalah perlu untuk para doktor dan pakar homeopathy untuk mengkaji satu kaedah yang pendek dan ringkas untuk “case-taking”. Pada pandangan penulis ia akan meningkat minat orang ramai untuk mendekati perubatan homeopathy.

Kebaikan dan kelebihan homeopathy

Perubatan Homeopathy telah diterima sebagai rawatan alternatif diseluruh dunia, selain beberapa perubatan alternatif lain seperti Ayurveda dan Perubatan Islam. Homeopathy di amalkan sebagai perubatan alternatif kepada perubatan allopathy. Walaupun dianggap “perlahan” kesan penyembuhannya berbanding ubat-ubatan allopathy, homeopathy masih mampu menarik ramai pesakit untuk mencuba perubatan homeopathy. Penerimaan orang ramai kepada konsep perubatan homeopathy kerana homeopathy adalah selamat dan tidak meninggalkan kesan sampingan. Berikut ialah beberapa kelebihan homeopathy;
  • Efektif
  • Konsisten
  • Semulajadi
  • Selamat
  • Tidak merbahaya
  • Tidak Suppresi
  • Mudah diambil
  • Ubat yang sesuai untuk keluarga
  • Menghalang Penyakit Kronik
  • Skop Rawatan Yang Luas
  • Integrasi
  • Efektif Dari Segi Kos
  • Saintifik
Jenis atau Kategori Kaedah Rawatan Homeopathy

Tidak seperti perubatan alternatif lain seperti Ayurvedik dan Akupuntur, homeopathy mempunyai sistem terapi perubatan yang sama dengan perubatan allopathy seperti latihan yang diterima, bahasa perubatan yang sama dan cara pengamal atau doktor homeopathy preskripsi remedi juga hampir sama dengan doktor konvensional, tetapi perbezaan di antara Homeopathy dan konvensional adalah berbeza dai segi konsep perubatan di mana homeopathy tidak mengguna ubat dari bahan kimia, dadah,suntikan dan surgeri.
Setelah homeopathy tersebar ke seluruh dunia, Homeopathy telah dikembangkan mengikut budaya Negara dan benua tersebut, oleh itu akan terdapat sedikit perbezaan dari segi rawatan, remedi dan gaya pengamal homeopathy itu sendiri tetapi masih mengamalkan falsafah perubatan yang di asaskan oleh Hahnemann.

Memorial pengasas Homeopathy di Scot Circle Washington D.C USA
Oleh : Khairul Anwar Bin Mustafa, DHMS, Lincholnshire University International USA