BIOKIMIA




Biochemistry ialah nama yang diberi kepada satu sistem perubatan yang diasaskan oleh Dr. Wilhelm Heinrich Schuessler (1821-1898 Oldenburg, Germany) seorang doktor homeopathy Jerman dalam tahun 1873. Beliau mendasarkan kaedah perubatan ini kepada pengubatan sel-sel, dimana ia lebih porpular dengan nama “Cellular Therapy”.

Dr. Schuessler merupakan seorang Doktor Perubatan dan juga seorang ahli kimia (Physiological Chemist) serta seorang ahli fizik (Physicist). Dengan kepakaran dan kepintarannya, beliau dapat memahami dengan secara mendalam penemuan-penemuan di dalam bidang kerja tubuh badan manusia dan juga telah berjaya menggabungkan penemuan-penemuan itu hingga menjadi satu sistem perubatan yang selari dengan tabii manusia dan bersifat semulajadi atau natural.
Beliau membuat kesimpulan bahawa sekiranya sesuatu organisme menerima bekalan garam mineral tisu asas secukupnya maka sukarlah atau tidak mungkin penyakit akan menghidapi seseorang itu. Beliau merumuskan bahawa penawar homeopathy yang banyak adalah tidak perlu dimana beliau meletakkan dasar bahawa kesemua bahan yang perlu untuk mengembalikan organisma yang sakit kepada sihat biasanya boleh didapati dalam sistem tubuh badan manusia itu sendiri. Beliau juga beranggapan bahawa badan manusia mempunyai mekanisma untuk daya pertahanan dan penyembuhan yang tersendiri dimana ia diambil dan dibajai menerusi pemakanan seseorang. Beliau percaya bahawa semua penyakit yang wujud adalah disebabkan kekurangan salah satu atau beberapa garam tisu dalam badan. Ia juga disebabkan oleh berlaku ketidakseimbangan molikul garam-garam tisu dalam badan seseorang. Oleh itu bagi menyembuhkan penyakit, boleh dilakukan dengan menambah garam tisu yang didapati berkurangan dalam badan sehingga ia betul-betul mencukupi dan seimbang.

Biochemistry sangat jauh berbeza dari kaedah perubatan biasa kerana ia tidak menggunakan ubat-ubat mentah (drug) ataupun ubat-ubat penekan (suppressant). Sebaliknya ia menggunakan 12 unsur galian yang seni (inorganik mineral substance) sebagai agen penyembuhannya. Garam galian ini dikenali juga sebagai garam-tisu (tissue salts) ataupun garam-hidup yang mana menerusi penemuan terkini, mendapati garam tersebut amat penting kepada kehidupan, tubuh badan dan kesihatan manusia. Beliau juga menyenaraikan kesemua 12 garam tisu ini berserta kepentingannya kepada kesihatan dan menerangkan peranan-peranan yang dimainkan oleh kesemua garam tisu dalam tubuh badan manusia. Beliau juga telah menyenaraikan setiap penyakit-penyakit yang menurutnya boleh disembuhkan dengan menggunakan garam tisu sebagai ubat.
Mengikut kajian Dr. W.H. Schuessler, tubuh badan manusia mengandungi 12 unsur garam mineral hidup. Kekurangan salah satu daripadanya akan menimbulkan beberapa gejala penyakit yang menunjukkan wujudnya kekurangan yang sedang berlaku di dalam badan. Jika bahan yang kurang itu di bekalkan semula dalam bentuk yang boleh diserap terus oleh sel-sel yang memerlukannya, maka keseimbangan dan keharmonian akan kembali semula dan semboyan-semboyan penyakit akan hilang. Dengan itu barulah wujud semula kesihatan.
Dua belas penawar yang dicipta oleh Dr. Schuessler dipanggil 'penawar biochemic’ atau 'garam-tisu' atau 'garam-sel' (tissue-salts, cell-salts). Ia sama sekali tidak merbahaya dan bukanlah drug (dadah). Penawar-penawar itu merupakan sebahagian daripada keperluan tubuh badan yang diperlukan dan digunakan oleh ahli biokimia sebagai penawar homeopathy bagi mengisi kekurangan garam tisu yang sedang berlaku dalam tubuh badan manusia.

Sel-sel Tisu Dan Penawar

Melalui proses pemecahan atau mempertajam kuasa penawar ini, yang disebut sebagai ‘trituration', maka garam mineral ini amat mudah dan dengan segera boleh masuk ke dalam aliran darah melalui kapilari lidah dan ditarik atau diserap oleh sel-sel tisu yang memerlukannya. Dari penyelidikan telah didapati bahawa sel-sel tisu tertentu akan menarik atau memerlukan garam mineral yang tertentu pula seperti:

1. Sel-sel otak dan saraf menarik 5 Phos. iaitu Ferr. Phos, Kali Phos., Mag. Phos,
Nat. Phos dan Calc phos.
2. Sel-sel otot atau urat pejal (muscle) menarik 5 Phos yang sama dan Kali Mur.
3. Sel-sel tisu menganjal (elastic tissue) menarik Calc. Fluor.
4. Sel-sel tisu penyambung (connective tissue) menarik Silica.
5. Sel-sel tulang rawan (cartilage) dan lendir (mucous) menarik Nat. Mur.
6. Sel-sel tulang menarik Calc. Flour., Mag. Phos., Calc. phos., dan Silica.
7. Sel-sel kulit, kuku, rambut menarik Ferr, Fhos., Kali Sulph., Silica.
8. Sel-sel kanta mata (crystaline lens) menarik Ferr. Phos.

Atau garam hidup yang tertentu akan tertarik kepada (affinity) sel-sel tisu yang tertentu seperti:
· Calc. Flour. didapati dalam tulang dan gigi.
· Calc. Phos. didapati dalam tulang, rawan dan gigi.
· Calc. Sulp. didapati dalam kulit, hempedu (bile) dan rambut.
· Ferr. Phos. didapati dalam darah, air gastrik dan kencing.
· Kali Mur. didapati dalam darah, otak, otot, air gastrik dan ludah.
· Kali phos. didapati dalam darah, otak, saraf dan otot.
· Kali sulp. didapati dalam air gastric, rawan dan kencing,
· Mag. Phos. didapati dalam otak, saraf, otot, tulang dan gigi.
· Nat. Mur (garam) didapati dalam tulang, rawan, darah, otot, otak, saraf dan dalam setiap cecair & bukan cecair di dalam badan.
· Nat. Phos. didapati dalam otak, darah, otot dan saraf.
· Nat Sulp. didapati dalam hempedu, rawan dan peluh.
· Silica didapati dalam kulit, kuku, rambut dan tisu penyambung.

Kesimpulan

Kepentingan garam tisu kepada manusia boleh diibaratkan seperti pentingnya tanah bagi sepohon pokok. Sebagaimana kita ketahui bahawa tanah yang tidak subur menghasilkan sepohon pokok yang kering dan tidak segar, demikian jugalah darah yang kekurangan bahan mineral akan menghasilkan tubuh yang lemah dan cenderung berpenyakit. Dengan itu, keperluan tubuh juga bergantung kepada bahan-bahan seumpama pokok. Untuk menjadikan pokok itu segar dan berbuah, ia memerlukan air dan baja yang mencukupi. Maka, cara terbaik untuk memulihkan seorang manusia tentulah dengan mengembalikan semula semua garam mineral yang diperlukan oleh darah dan tubuh.