PILEN DROP. & KRIM R30



Rawati Buasir dengan MUDAH hanya 2 langkah sahaje....
MINUM & SAPU...
InsyaAllah menyembuhkan sakit buasir anda...

APA ITU BUASIR ???

Buasir adalah pembengkakan yang berlaku pada saluran darah “vein directum”. Buasir keluar darah apabila kita buang air besar. Pada peringkat yang lebih teruk, akan keluar sesuatu seperti lendir pekat berwarna merah darah melalui dubur & ia memang bercampur darah.

Menurut perubatan Siddha Ayurvedha, terdapat 9 jenis buasir diikuti oleh komplikasi perut, kolon dan rektum di kalangan manusia dan salah satu daripadanya dikenali sebagai Buasir berdarah atau Hemorrhoids. Hemorrhoids adalah bengkak yang luar biasa pada urat di hujung usus besar dan dubur. Ianya lebih meyerupai urat yang bengkak dimana, dapat dilihat pada kaki seseorang. Apabila urat Buasir yang membesar diranggsang menyebabkan sekitar membran membengkak, pedih, gatal, terasa sakit dan berdarah. Buasir disebabkan oleh tekanan yang berlebihan pada hujung usus besar yang menyebabkan pendarahan serta dinding usus membengkak dan kadangkala ianya pecah.

Tedapat dua jenis Buasir : Dalaman dan Luaran


  1. Buasir Dalaman selalunya tidak menyebabkan kesakitan atau gatal dan anda tidak boleh merasanya kerana ianya terdapat pada bahagian paling dalam di usus besar. Buasir dalaman adalah tidak merbahaya, tetapi pendarahan itu disebabkan oleh kanser dan ianya haruslah dirawati.
  2. Kebanyakan petanda yang sering kita dengar disebabkan oleh Buasir Luaran, antaranya adalah seperti kesakitan, kepedihan dan kegatalan. Jika Buasir Luaran menjadi besar dan tidak mendapat bekalan darah, satu ketulan boleh terbentuk di dalamnya dan menyebabkan kesakitan yang teramat sangat serta menyebabkan buasir darah beku. Oleh kerana ianya mempunyai banyak petanda yang tidak disenangi, buasir luaran biasanya mendapat perhatian utama semasa rawatan. Sekiranya urat pada dubur regang dan terdapat Buasir, ianya menjadi susah untuk dipulihkan sepenuhnya. 
# jangan biarkan buasir anda ke tahap kritikal....rawati dengan baik dan tanpa meninggalkan kesan sampingan pada badan.


PRODUK KAMI :

PILEN DROP ~ Merawat masalah buasir dari dalam,rasa gatal, sakit buasir,buasir berdarah, buasir terkeluar...

Cara Pengambilan ~ Antara 10-15 titik campurkan ke dalam sedikit air (lebih kurang 1sudu)  dan minum sebanyak 3-6 kali sehari...

KRIM R30~ Dapat melegakan kesakitan akibat bengkak buasir, sebagai pelincir untuk memudahkan pembuangan air besar, menyembuhkan usus yang terkeluar, dan menyembuhkan pendarahan yang keluar..

Cara Mengunakan ~ Sapu bahagian sakit sebanyak 3-4 kali sehari..


# produk 100% homeopathy tiada campuran bahan kimia,tiada kesan sampingan jangka panjang....membaik pulih 'vital force' anda...


HARGA SET BUASIR 

PILEN DROP (30ml) + KRIM R30: HANYA RM 120 SAHAJE....(anda jimat rm20...dapatkan sekarang!!!)
# FREE POSTAGE LAGI....

HARGA SETIAP 1 ITEM 

-PILEN DROP  : RM60
- KRIM R30: RM80

Berminat      terus whatsapp 01137562787 Pn mira




Straight to the point, masalah utama orang yang kurang berat badan adalah kurangnya disiplin.

By definition, kurang berat badan ialah apabila BMI korang jatuh bawah skala normal iaitu kurang daripada 18.5.

Dengan erti kata lain, korang boleh dikategorikan sebagai adik-beradik papan lapis apabila mempunyai BMI sedemikian rupa. Pelbagai alasan yang golongan ni boleh bagi apabila isu ni ditimbulkan. Antaranya termasuklah:

1) "Aku dah makan banyak gile sampai nak muntah dah.. Tapi tak naik-naik gak berat badan."
2) "Dah genetik aku memang kurus camni.. Tak boleh buat apa."

Di sini, aku ingin tekankan alasan pertama yang ditunjukkan di atas. Mungkin korang rase korang dah makan banyak gile, tapi itu ialah judgement perut korang semata-mata.

Sebenarnya, kunci kepada kenaikan berat badan ialah Alfalfa Tonic R95 (Formula untuk Menambah berat badan.)

Berminat boleh whatsapp 01137562787 pn. Mira

Lihat Produk Disni | Beli Produk Disni


"Adakah anda terlalu kurus dan ingin menambah berat badan? adakah anda telah mencuba pelbagai cara menggemukkan badan? masih tak berjaya?...



Ramai orang mengalami masalah tubuh badan yang kurus. Saya adalah salah seorang seorang daripada mereka. Saya telah berusaha untuk menambah berat dan saiz badan namun tidak berhasil. Adakah anda juga mengalami keadaan yang sama?


Sebenarnya, ada dua faktor kenapa kita tidak berjaya menambah berat badan. Yang pertamanya adalah, makanan yang diambil tidak sempat diproses menjadi nutrien yang boleh digunakan oleh tubuh secara 100% sepenuhnya disebabkan oleh kadar metabolisme yang cepat. Ini menyebabkan nutrien dibuang begitu sahaja dengan sia- sia.


Yang keduanya, adalah pengambilan makanan yang sedikit ( makan sedikit sahaja dah rasa kenyang). Perut tidak dapat menampung pengambilan makanan dalam kuantiti yang banyak disebabkan telah menjadi kebiasaan makan sedikit sahaja.


Adakah saya telah berusaha untuk tambah berat badan sebelum ini? YA! saya telah menghabiskan ratusan ringgit dengan membeli produk- produk weight gain yang ada di pasaran tetapi hasilnya tidak seperti yang saya harapkan.


Dulu, saya adalah seorang yang kurus dan mudah jatuh sakit. Salah satu sebab adalah tubuh yang lemah dan tidak mampu menghasilkan antibodi yang kuat. Sangat berbeza setelah mengambil pil ginseng. Saya mempunyai selera makan yang tinggi. Badan lebih mantap, bertenaga, dan kelihatan sentiasa cergas. Saya mengalami masalah gastrik yang serius tetapi sekarang dah OK!


Jika anda, kawan- kawan anda atau saudara- mara adalah orang yang kurus maka anda sangat digalakkan untuk mencuba produk ini. Dijamin berkesan! Jika anda bercadang untuk mengubah fizikal anda, maka Alfalfa Tonic R95 adalah satu Formula untuk Menambah berat badan.

 

Lihat Produk Disni | Beli Produk Disni


Petua Kurus

“Kenapa ramai orang gagal dalam usaha untuk menurunkan berat badan? Dan ramai juga menganggap hanya dengan menelan pil & ramuan tertentu dapat membantu menjadi kurus.”
“Kajian menunjukkan 90% orang gagal dalam usaha mereka untuk kurus kerana gagal menemui punca kepada masalah mereka”

Jangan terperanjat dengan fakta tersebut.

Teringatkah kita bagaimana cukup mudah bagi kita untuk menurunkan berat badan ketika kita masih muda? Dan ketahuilah, kajian juga mendapati wanita lebih susah untuk menguruskan badan berbanding lelaki.


Secara amnya setelah umur meningkat semakin susah untuk seseorang itu menurunkan berat badan kerana tahap metabolisma telah menurun.


Selain daripada faktor umur, cara hidup atau “lifestyles” juga mencorak bentuk badan seseorang itu. Mana tidaknya, makanan segeralah, air bergaslah, roti canailah, ayam injectionlah, menjadi antara hidangan kehidupan pada hari ini.


Petua Kurus Badan akan berkongsi cara bagaimana anda boleh menjadi kurus, khasnya wanita walaupun banyak cabaran yang mendatang, sebenarnya masalah tersebut masih boleh di atasi.


Ada 5 bahagian kerja yang boleh diperbaiki sekiranya kita ingin kurus secara semulajadi (natural).


1.  Makan

2.  Minum
3.  Senaman
4.  Rehat
5.  Solat

Petua Makan

Waktu makan:

petua kurus badan. makan makanan berimbang untuk sihat dan kuruskan badan

makan makanan seimbang

Petua pertama adalah makan pada waktu yang sama selalu. Sekiranya sarapan anda adalah pada pukul 8.00 pagi, jadi biasakan makan pada waktu yang sama. Begitu juga waktu yang lain-lainnya.
Bagi makan malam pula, seelok-eloknya makanlah selewat-lewatnya waktu maghrib. Ini penting, kerana penghadaman mengambil masa 4 jam untuk selesai dilaksanakan betul-betul sebelum waktu tidur.


Kadar makanan


Pernah dengar pepatah – kesihatan kita adalah “apa yang kita makan”? Ini membayangkan penyakit berlaku apabila kita makan makanan yang tidak berzat – beracun, terbiar lama, makanan yang diproses tidak mengikut tatacara proses yang betul.


Apapun makanlah dengan tertib, tidak tergopoh-gapah dan makanan dikunyah lumat baru ditelan.


Tujuan makan adalah untuk mendapatkan tenaga dan nutrien untuk tubuh badan. Bagaimanapun, makan hanya sekadar kenyang dan bukan mengenyangkan, melainkan anda kerap bersukan jadi sumber kabohidrat seperti nasi memang sangat diperlukan dengan kadar yang lebih banyak.


Kadar makanan yang berlebihan akan membuat anda berasa mengantok, menunjukkan perut memerlukan tenaga untuk menghadamkan makanan yang banyak dan melebihi had.


Seelok-eloknya, sekiranya perlu memakan daging makanlah ia seawal pagi atau siang hari kerana daging memerlukan waktu yang panjang untuk hadam. Ada pendapat mengatakan 36 jam untuk hadam.

Petua Kurus Badan. Piramid makanan memberi panduan, lebih mengecil piramid bertambah kurang makanan diperlukan

panduan piramid makanan


Ambil makanan seimbang. Imbangan pemakanan berkhasiat sebenarnya adalah “sumber bahan bakar” seperti petroluem bagi kereta.

Jadi makanan berimbang akan memberi tenaga untuk kita bekerja dan kesihatan yang baik. Ini termasuklah untuk kekal kurus dan langsing.


Seelok-eloknya campurkan makanan anda dalam 5 gabungan kumpulan makanan seperti kekacang, buah-buahan, sayur-sayuran, tenusu dan makanan berprotein semasa makan, setidak-tidak 3 kumpulan.


Ini adalah kerana makanan seperti sayur adalah ejen pembakar makanan dan membantu menghadam makanan dengan cepat.


Elakkan makanan yang bergoreng dan berlemak terutama pada malam hari.


Panduan yang terbaik bagi mengisi perut adalah setiap 1/3 diisi makanan, air dan udara.


Makanan yang “secukup” perut amat mudah dihadamkan dan ini akan mengekalkan metabolisma tubuh badan dan kekal kurus.


Petua Minum

petua kurus badan. Minum air bersih minima 8 oz sehari

minum air sebanyak 8 mug sehari

Petua minum air ialah amalkan minum air sekurang-kurangnya 30 minit selepas makan atau selewat-lewatnya 2 jam selepas makan. Minumlah air bertapis sebaik-baiknya yang dibawa dari rumah.

Juga minumlah air kosong (bertapis) sebanyak 8 mug setiap hari. Seelok-eloknya minumlah ketika sedang duduk. Air membantu menyah toksik, kekotoran dan bahan logam yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Sekiranya boleh elakkan dari minum minuman berkafien atau mengandungi gas (dipanggil soda di USA) dan bergula.


Petua Senaman


Ramai yang mengekalkan 2 di atas tetapi kerap terlepas pandang untuk bersenam. Kerja, kerja, kerja, tidak akan menjanjikan kerja akan habis. Jadi anda kena “curi” atau “make time” untuk senaman.

Petua Kurus Badan. Senaman santai adalah petua senaman yang berkesan

senaman usaha untuk kurus

Seelok-eloknya buatlah senaman yang kita suka buat kerana ini tidak akan memaksa badan untuk mengeluarkan peluh. Kerana senaman yang kita tidak suka buat tidak menghasilkan peluh yang mencukupi dan berkualiti.

Jadi berseronoklah semasa bersenam seperti berenang, berbasikal, menari, taichi, bersilat, bermain bola, berjogging atau apa saja asalkan seronok dan berpeluh. Tetapi, jangan lupa untuk memulai senaman dengan sesi memanaskan badan dahulu.

Sekiranya senaman susah dilakukan, sesampai di pejabat jangan menaiki lif. Amalkan menaiki tangga.


Sekiranya waktu merupakan kekangan bagi anda lakukanlah stretching, melompat atau berlari setempat dalam kiraan 300 dan “push-ups“, kesemuanya untuk tempoh 20 minit 4 kali seminggu dalam keadaan senang diri dan menyeronokkan.


Berlari setempat akan menguatkan otot-otot dan “push-ups” mampu membina otot pada dada, bahu, tangan dan terutama di bahagian abdoman atau perut.


Petua rehat


Tidur adalah waktu terbaik bagi merehatkan minda. Tetapi jangan lupa gosok gigi sebelum tidur. Ini adalah kerana tidur dalam keadaan mulut kotor akan memudahkan terbentuknya kekotoran yang akan tersalur ke otak dan membuat anda pelupa serta mampu merosakkan gigi serta gusi.

Petua Kurus Badan. tidur waktu malam adalah ubat kurus

tidur juga ubat kurus

Ramai juga yang tidak tahu bahawa ia adalah waktu dimana nutrien dan zat pemakanan diserap secara baik untuk diagih-agihkan ke organ-organ perlu. Ini dilakukan hanya dalam keadaan tubuh rehat sepenuhnya selepas waktu malam sahaja kerana waktu tersebut juga elemen-elemen alam selepas tengah malam hari mengoptima kerja-kerja ini.
Tidurlah selewat-lewatnya 11.00 malam dan bangun seawal subuh dan mandi. Mandi adalah petua awet muda pada waktu subuh, menegangkan kulit dan mampu menguruskan badan.

Sebaik-baiknya setelah bangun dari tidur minumlah 2-4 gelas air sebelum gosok gigi dan mandi. Ini adalah kerana bakteria baik dari mulut akan masuk ke dalam perut, bergabung dengan pro-biotik di dalam perut memudahkan pembuangan najis setiap pagi secara “natural” atau semulajadi.


Solat


Kalau anda seorang Islam, solatlah kerana solat yang kusyuk dengan bacaan tajwid yang betul mampu memperbaiki saikologi diri serta jatidiri. Cubalah semak khafiat solat kusyuk dan anda akan merasakan ianya berbaloi tanda kita juga menghargai akan anugerah tubuh yang sihat kepada kita.


Seelok-eloknya lakukanlah kesemuanya sewaktu anda masih muda, kerana “alah bisa tegal biasa”.


Bagaimanapun, ramai wanita yang merungut kerana usaha menurunkan berat badan menjadi sukar setelah umur meningkat. Bagi lelaki ianya sudah tentu soal disiplin dalam kesemua di atas, kerana lelaki bila bertambah umur, makan ikut sesedap hati dan waktu dan senaman adalah perkara yang ke 30. Bagi wanita, ramai yang mendapati usaha menguruskan badan serba tidak menjadi walaupun perkara di atas memang telah diamalkan.


Petua kurus untuk wanita


Wanita sebenarnya adalah insan terpilih. Allah muliakan wanita, sehingga soal masuk syurga juga menjadi mudah – bagi yang sudah berumahtangga hanya perlu taat pada suami dan perintah Allah, Allah janjikan syurga.

Soal bulanan juga dijagai dengan pusingan haid bagi membersih dan menyihatkan tubuh badan. Tetapi oleh kerana faktor pemakanan dan “lifestyles”, kitaran bulanan wanita menjadi terganggu bagi setengah wanita.

Sebenarnya kajian menunjukkan wanita selepas berumur 30 tahun akan mengalami kehilangan hormon estrogen yang tidak menentu dan mendadak terutama semasa waktu menapouse. Ini akan mengakibatkan lemak mudah terkumpul di bahagian-bahagian bawah lengan, dada, pinggang, pinggul, peha, betis dan perut. Ini jika dibiarkan akan nampak ketara akan lebihan lemak pada tubuh badan dan kadang-kadang memalukan.


Petua Kurus Badan menyarankan agar wanita terutamanya yang telah mencecah 30 tahun merawat estrogen yang berkurangan dengan mengunakan pati buah-buah natural. Ini adalah kerana pati buah-buahan dari sumber asli bukan saja akan memperbaiki estrogen tetapi juga memberi kesan pada pembersihan perut, peranakan dan salur darah, merancakkan pembuangan lemak dan menambah awet muda.


Bagi wanita, kekurangan estrogen adalah punca badan mengumpul lemak dan susah kurus. Jadi berikhtiarlah.


Sistem Pencernaan/PenghadamanSistem pencernaan atau sistem gastroinstestin, adalah satu sistem organ dalam haiwan multisel yang menerima makanan, mencernanya sebagai pati nutrien bagi memudahkan proses penyerapannya untuk ditukarkan menjadi tenaga , serta mengeluarkan sisa proses tersebut. Sistem pencernaan antara satu jenis haiwan dengan yang lainnya boleh jadi sangat berbeza. Pada asasnya sistem pencernaan makanan dalam tubuh manusia dibahagikan menjadi 3 bahagian, iaitu proses penghancuran makanan yang terjadi dalam mulut hingga ke lambung/ perut. Selanjutnya adalah proses penyerapan nutrien makanan yang terjadi di dalam usus. Kemudian proses pengeluaran sisa - sisa makanan melalui dubur /anus.


Diagram sitem pencernaan



Kelenjar ludah
Parotis
Submandibularis (bawah rahang)
Sublingualis (bawah lidah)
Rongga mulut
Tekak / Farink
Lidah
Kerongkong / Esofagus
Pankreas
Lambung/perut
Saluran pankreas
Hati/ liver
Pundi hempedu
Usus dua belas jari (duodenum)
Saluran hempedu
Usus tebal / Kolon
Kolon datar (tranverse)
Kolon naik (ascending)
Kolon turun (descending)
Usus penyerapan (ileum)
Sekum
Umbai apendik/buntu
Poros usus / Rektum
Anus/dubur




R21 Dr.Reckeweg - Blood Purifier (Mencuci darah, menguatkan antbodi, merawat jerawat)
World famous Specialities Dr.Reckeweg Formula for blood problems

Merawat simptom penyakit kulit seperti ekzima (eczema), jerawat dan jerawat bernanah dan gatal. Boleh digabungkan dengan R28 jika jerawat atau penyakit kulit yang berkaitan dari masalah haid yang bermasalah seperti haid tidak teratur atau tidak datang haid langsung.

Packing : 22ml

INDICATIONS

Chronic eczema. Skin disease not yielding to conventional therapy. Constitutional improvement in cases associated with skin diseases. To increase reactivity.

MODE OF ACTION OF MAIN INGREDIENTS:

Medorrhinum: Diffuse itching of the skin worse in the evening. Redness with copper red coloured spots, sometimes turning brown, warts. Results from suppressed Gonnorrhoea.

Psorinum: Influences the Iymphatic and glandular system. Vesicles, nodules and pustules. General debility, offensive discharges.

Thuja: Painful and over-sensitive skin, worse for touch, with formication, itching and burning. Wet eczema particularily on scalp and face, warts.

Vaccininum: Ill-effects from smallpox vaccination, persistent skin eruptions, neuralgias, general dyscrasia

DOSAGE

- Generally 3 times daily 10-15 drops in some water before meals, for a longer period of time.

REMARKS

– In eczema: R23. In tendencies to recurrency of complaints administer additionally R21, 10-15 drops 1-2 times daily.
– After marked improvement has set in, reduce dosage to once a day for a while.
– To stimulate immune response and to improve reactivity use R26.
In psoriasis: see R65.




R7 Dr.Reckeweg adalah formula bagi melegakan simptom :

  • Sembelit
  • Rasa kembung perut dan yang bergas (angin)
  • Jerawat akibat sembelit

R7 juga amat membantu mengurangkan masalah jerawat yang terjadi diakibatkan oleh masalah sembelit. R7 juga sesuai untuk diberi kepada kanak-kanak yang mengalami sembelit dan kembung perut.




R79 Dr.Reckeweg, Garlic R79 – untuk kolesterol, tekanan darah tinggi dan komplikasi jantung. Amat berkesan untuk membantu menurunkan berat badan dengan lebih pantas.

R79 amat efektif untuk membuang lemak-lemak tepu didalam tubuh. R79 Dr.Reckeweg juga amat berkesan untuk mengawal kadar tekanan darah tinggi. Sekiranya tekanan darah tinggi anda sentiasa di paras “border” R79 adalah pilihan terbaik.

R79 Dr.Reckeweg tidak hanya mempunyai Allium sativum (bawang putih) tetapi ia juga mengandungi 2 remedi khusus untuk jantung seperti Crataegus dan Viscum album. Garlic di pharmasi hanya mengandungi bawang putih semata-mata. Sekiranya anda mengalami dada berdebar tak tentu pasalnya, kepala pening bermula di tengkuk naik ke kepala itu adalah tanda tekanan darah anda sedang alami perubahan. 2 biji R79 pasti membantu melegakan simptom tersebut.




R28 Dr.Reckeweg - For Menstrual Problems
(masalah haid sakit, pendarahan berlebihan, dan jerawat)

R28 Dr.Reckeweg amat berkesan untuk melegakan simptom seperti
  • Kesakitan sewaktu haid (dysmenorrhoea, boleh ambil R75 sebagai gandingan)
  • Haid tidak teratur
  • Tidak datang haid langsung (amernorhea).
  • Kepenatan akibat kehilangan darah yang banyak sewaktu haid ( boleh ambil bersama-sama R31 untuk Anaemia), jika pendarahan terjadi akibat dari inflamasi cyst boleh ambil R38 dan R39 sebagai tambahan.
  • R50 boleh diambil jika mengalami kesakitan di sekitar pelvis (sacral)
  • Pendarahan yang teruk dari uterus boleh ambil R10
  • Masalah jerawat yang teruk boleh ambil R21, R23, R53 atau R60 sebagai gandingan remedi untuk merawat jerawat.

Produk Homeopathy boleh di ambil bersama-sama produk lain seperti cadangan di atas, tetapi digalakkan untuk menjarakkan masa di antara setiap remedi selama 15-30 minit. Contoh jika anda mengambil R28 pada pukul 10 pagi. Pada 10.15 atau 10.30 anda boleh ambil R10selepas itu dan teruskan dengan remedi yang lain jika ada. Aktiviti ini hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 3 kali sehari.

Produk Dr.Reckeweg amat popular di seluruh dunia dengan kualiti yang terjamin dan berkesan.
R28 Dr.Reckeweg amat berkesan untuk melegakan simptom seperti kesakitan sewaktu haid, haid tidak tertur dan tidak datang haid langsung (amernorhea). Produk yang terkenal di seluruh dunia dengan kualiti yang terjamin dan berkesan.


Chicago (ANTARA News)

Sebuah bukti baru memperlihatkan bahwa dua obat yang sama-sama untuk mengurangi tingkat kolesterol yang menyumbat pembuluh darah, dapat mencegah kerusakan saraf yang diakibatkan oleh diabetes, kata beberapa peneliti Australia. Para peneliti itu mengatakan, studi selama delapan tahun mengenai statin dan fibrate, dua jenis obat untuk kolesterol, secara mencolok mengurangi risiko pengembangan neuropathy diabetes seputar panca indera.
Neuropathy diabetes adalah suatu kondisi yang mempengaruhi separuh penderita diabetes dan dapat mengakibatkan rasa panas atau perih, gatal, nyeri, mati rasa atau lemah di tangan dan kaki serta penyebab utama amputasi. "Dampak global neuropathy diabetes ialah terjadi amputasi sekitar setiap 50 detik," kata Dr Aaron Vinik, Direktur Streliz Diabetes Center di Eastern Virginia Medical School, dalam pertemuan ilmiah American Diabetes Association di Chicago. 

drink Diabetes


"Itu secara mencolok berdampak pada kualitas hidup manusia," kata Vinik, dalam suatu taklimat. Statin, obat yang paling banyak dijual di dunia, mengurangi tingkat LDL, atau kolesterol "jahat", sehingga mengurangi risiko serangan jantung atau stroke (penyumbatan pembuluh darah). Fibrate adalah obat yang telah terbukti menaikkan tingkat HDL, atau kolesterol "baik", dan mengurangi triglyceride, suatu bentuk lemak yang diperolah dari makanan.

Kedua obat tersebut sudah sangat disarankan bagi penderita diabetes tipe 2 untuk membantu mencegah serangan jantung. Sekarang obat itu tampaknya membantu jenis kerusakan syaraf itu, kata Dr Timothy Davis, dari University of Western Australia, yang memimpin studi tersebut. Davis dan rekannya menelusuri sekelompok 400 penderita diabetes selama lima tahun. Semua peserta studi itu menderita diabetes tipe 2, yang melibatkan daya tahan terhadap insulin--ketidakmampuan tubuh untuk secara layak memanfaatkan insulinnya sendiri. Apa yang mereka temukan ialah obat statin mengurangi resiko pengembangan reuropathy periferal sebesar 35 persen, dan fibrate mengurangi resiko tersebut sampai 48 persen.

Karena terdapat margin kesalahan yang lebar dan tumpang-tindih, para peneliti itu mengatakan dampaknya kurang-lebih sama bagi kedua jenis obat tersebut. Pasien dalam studi tersebut diberikan atorvastatin buatan Pfizer, yang dijual dengan nama Lipitor, atau statin generik, pravastatin dan simvastatin. Obat Fibrate meliputi gemfibrozil dan fenofibrate. "Kami percaya manfaat ini adalah dampak golongan obat tersebut," kata Davis.
Mengingat kebanyakan penderita diabetes sudah mengkonsumsi statin untuk mencegah komplikasi jantung, ia mengatakan masalah neurophaty tampaknya akan mulai meningkat bagi banyak penderita diabetes sewaktu mereka melanjutkan terapi statin. Hampir 21 juta orang Amerika menderita diabtes, yang dapat mengakibatkan serangan jantung, kebutaan, sakit ginjal, kerusakan syaraf dan amputasi, demikian ditulis Reuters.(*)

Sumber : www.antara.co.id


1. Ubat-ubat homeopati terdiri dari bahan-bahan asli yang lembut. Kandungan bahan aktif satu-satu ubat homeopati kurang dari 0.000000001mg ( 10-60)

2. Bahan utama ialah glukosa + susu kambing / susu lembu, sebab itu ubatnya terasa manis

3. Ubat yang selembut itu, jika ditelan, tidak memberi apa-apa kesan kerana bila masuk kedalam perut , ianya akan melalu proses penghadaman selama 4 jam. Dengan itu ubat-ubat homeopati akan hilang kuasa perubatan dan tidak memberi apa-apa kesan.

4. Jika dimakan secara gigit / kunyah / hisap, makan kuasa ubat homeopati akan hancur dibawah lidah dimana banyak terdapat salur saraf halus yang akan menyerapkan ubat-ubat tersebut serta merta dan memberi kesan penyembuhan yang segera kepada pesakit.

Kenapa Ubat Tidak Boleh Di Pegang ?

Ubat Homeopati tidak digalakan dipegang dengan tangan kerana dikhuatiri akan menjejaskan kebersihan ubat tersebut, kerana bahan aktif ubta homeopati begitu halus dan dynamik. Jika dipengang ubat-ubat tersebut dikhuatiri akan tercemar atau kontiminasi, sekali gus akan menghilangkan kuasa penyembuhan pada ubat tersebut.

Bolehkan Ubat Homeopati Di makan Bersama Ubat Hospital ?

Boleh, tetapi kenalah jarakkan satu hingga dua jam, sebelum atau selepas makan ubat lain. Tetapi sebaiknya makan ubat homeopati terlebih dahulu.

Bila Makan Ubat Homeopati, Penyakit Lagi Keluar, betul tak ?

Tidak benar. Biasanya bila ubat yang diberikan itu tepat, penyakit akan beransur-ansur sembuh. Tetapi dalam sesetangah kes , 1atau 2 kes dalam 100 kes, terdapat juga, gejala penyakit akan bertambah, ini mungkin disebabkan tindak-balas ubat homeopati terhadap individu tersebut masih belum menemui keserasian. Jika ini berlaku, jangan panik, bagi tahu doktor dan mereka akan bagi ubat homeopati yang lebih serasi lagi.

Apakah ubat Homeopati mengandungi steroid ?

Tidak ada satu ubat homeopati yang mengandungi steroid atau dadah. Semua 100 % ubat homeopati adalah berasal dari alam semulajadi seperti herba, bunga-bungaan, dedaunan dan sebagainya.

Ubat Homeopati Baik Untuk Wanita ?

Ya, ubat-ubat homeopati memang sesuai untuk penyakit wanita, kanak-kanak dan juga lelaki.

Apakah kebaikan ubat Homeopati?
Homeopati sesuai untuk merawat: Senggugut, Haid tidak teratur, selalu keguguran, haid berpanjangan, mandul, gastrik, gout, rheumatism, stroke, parkinson, resdung, migrin dan sebagainya.

Kebaikan Untuk Kanak-Kanak?
Rawatan angin pasang ( hernia atau sarat), lambat bercakap, lambat boleh berjalan, cergas minda, deman kuning, asma kanak-kanak, selalu menagis malam, kembung, tambah selera makan, dll.


Ini adalah produk yang paling laris sejak laman Klinik Homeopathy Online dilancarkan. Stok baru akan tiba pada 200912. Harap pembeli2 baru dapat bersabar.

Ni saya letakkan lagi info tentang produk Set Kuruskan Badan Dan Anti Kanser


Produk Homeopathy ini yang di import dari Pakistan dan kandungan untuk sekotak yang mempunyai 90 biji. Mengikut anggaran pengambilan 1 kotak untuk selama 14 hari penggunaan. Ia diberi nama Phytolacca Americana 3 in 1 Formula. Keberkesanan Phytolacca Americana ini menyamai Acai Berry yang popular sekarang ini diseluruh dunia. Ia juga bertindak sebagai anti kanser...jika penggunaan kerap..

Untuk kesan yg lebih bagus ia hendaklah dimakan bersama dengan R79 yang diimport dari jerman. fungsi R79 ni utk membuang lemak lemak tepu degil dalam badan dan juga utk betulkan sistem dalaman.. Mengikut anggaran pengambilan 1 kotak untuk selama 14 hari penggunaan. Yang paling bagusnya Phytolacca Americana dan R79 ini persediaan Homeopathy yang bebas kesan sampingan, dadah dan bahan kimia. Insyaallah dalam masa 2 minggu anda dapat merasai perbezaannya..


Sepintas Lalu Tentang Homeopathy

Oleh : Khairul Anwar Bin Mustafa. (DHMS, Lincolnshire University International, USA)

Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia (MPHM) telah berjaya menganjurkan seminar bertajuk “Ke Arah Pengiktirafan Pengajian Homeopathy di Malaysia, pada 30 Mac 2009 yang lalu. Seminar yang sepatutnya dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato Dr. Haji Mohd Ismail Merican, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, telah diwakilkan kepada Dr. Ramli Abdul Ghani, Pengarah Bahagian Perubatan Tradisional & Komplimentari, KKM. Dr. Ramli berkata kurikulum di peringkat tinggi adalah amat penting untuk kualiti dan keberkesanan homeopathy.
Paling terkini, COMPLEMENTARY MEDICINE DIVISION, MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA akan menganjurkan Conference on HOMEOPATHY 2011. bermula 15 – 17 July 2011, bertempat di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur, MALAYSIA. Semakin hari perubatan Homeopathy mula mendapat tempat di hati masyarakat di Malaysia dan mendapat pengiktirafan dari Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri.


Homeopathy telah mula dikenali di Malaysia sejak lebih 50 tahun lalu. Di Amerika, perubatan homeopathy cukup popular dalam kurun ke-19 dan langsung lenyap dalam kurun ke-20, walau bagaimanapun kini homeopathy kembali bersinar, bertenaga di negara-negara Barat. Mengikut kajian dalam tahun 1990 dan kebelakangan ini telah didapati bahawa
*  32% rakyat Peranchis telah menggunakan ubat homeopathy
*  50% doktor keluarga di Peranchis berminat kepada homeopathy
*  32% daripada mereka telah memasukkan homeopathy dalam pengalaman mereka
*  42% doktor British merujukkan pesakit mereka kepada doktor homeopathy
*  11% daripada rakyat England telah mencuba homeopathy
(80% daripada mereka berpuas hati, hanya 7% kurang puas hati)

Kini beberapa banyak penyelidikan secara saintifik telah dan sedang dilakukan yang memberi pengesahan kepada sistem homeopathy.

Di Malaysia hampir setiap bandar-bandar besar telah ada klinik-klinik homeopathy. Rekod-rekod telah menunjukkan kejayaan banyak pengamal perubatan homeopathy (doktor homeopathy) di Malaysia yang mengubati pelbagai penyakit akut dan kronik.

Dalam perubatan homeopathy hanya orang-orang yang telah mencuba akan berpuas hati dan yakin terhadap sistem ini. Persoalannya, bagaimanakah sistem perubatan homeopathy dapat diketengahkan untuk meyakinkan kumpulan elit, golongan korporat dan teknokrat, dan masyarakat terpelajar?
Seringkali rungutan pesakit ialah diagnos atau temu bual “case-taking” mencari punca penyakit yang dideritai pesakit terlalu panjang dan membosankan. Persepsi mengenai pantang larang yang melampau juga membatasi dan telah menjauhkan pesakit dari mengamal kaedah perubatan Homeopathy. Pada pandangan saya adalah perlu untuk para doktor dan pakar homeopathy untuk mengkaji satu kaedah yang pendek dan ringkas untuk “case-taking”. Pada pandangan penulis ia akan meningkat minat orang ramai untuk mendekati perubatan homeopathy.

Kebaikan dan kelebihan homeopathy

Perubatan Homeopathy telah diterima sebagai rawatan alternatif diseluruh dunia, selain beberapa perubatan alternatif lain seperti Ayurveda dan Perubatan Islam. Homeopathy di amalkan sebagai perubatan alternatif kepada perubatan allopathy. Walaupun dianggap “perlahan” kesan penyembuhannya berbanding ubat-ubatan allopathy, homeopathy masih mampu menarik ramai pesakit untuk mencuba perubatan homeopathy. Penerimaan orang ramai kepada konsep perubatan homeopathy kerana homeopathy adalah selamat dan tidak meninggalkan kesan sampingan. Berikut ialah beberapa kelebihan homeopathy;
  • Efektif
  • Konsisten
  • Semulajadi
  • Selamat
  • Tidak merbahaya
  • Tidak Suppresi
  • Mudah diambil
  • Ubat yang sesuai untuk keluarga
  • Menghalang Penyakit Kronik
  • Skop Rawatan Yang Luas
  • Integrasi
  • Efektif Dari Segi Kos
  • Saintifik
Jenis atau Kategori Kaedah Rawatan Homeopathy

Tidak seperti perubatan alternatif lain seperti Ayurvedik dan Akupuntur, homeopathy mempunyai sistem terapi perubatan yang sama dengan perubatan allopathy seperti latihan yang diterima, bahasa perubatan yang sama dan cara pengamal atau doktor homeopathy preskripsi remedi juga hampir sama dengan doktor konvensional, tetapi perbezaan di antara Homeopathy dan konvensional adalah berbeza dai segi konsep perubatan di mana homeopathy tidak mengguna ubat dari bahan kimia, dadah,suntikan dan surgeri.
Setelah homeopathy tersebar ke seluruh dunia, Homeopathy telah dikembangkan mengikut budaya Negara dan benua tersebut, oleh itu akan terdapat sedikit perbezaan dari segi rawatan, remedi dan gaya pengamal homeopathy itu sendiri tetapi masih mengamalkan falsafah perubatan yang di asaskan oleh Hahnemann.

Memorial pengasas Homeopathy di Scot Circle Washington D.C USA
Oleh : Khairul Anwar Bin Mustafa, DHMS, Lincholnshire University International USA



Makna Sebenar Homeopati
(SERUPA TETAPI TIDAK SAMA)
Mohamed Hatta Abu Bakar HMD (BIH)


Dr Samuel HAHNEMANN (1755-1843)Pengenalan

Ungkapan ‘serupa tapi tidak sama’ bukan suatu yang asing dalam dunia akademik. Beberapa bidang ilmu termasuk matematik menggunakannya bagi menerangkan maksud suatu konsep yang kelihatan seakan sama dengan konsep lain sedangkan pada hakikatnya tidak begitu. Kadang-kadang ungkapan ini digunakan oleh masyarakat umum bagi menerangkan sesuatu, tetapi mereka tersasul mengatakan ianya ‘sama tapi tidak serupa’.
Artikel ini bertujuan menjelaskan makna ungkapan di atas di sebalik istilah ‘homeopati’ iaitu nama bagi satu sistem perubatan alternatif. Betapa istilah ini disalaherti, sehingga pengamal novis homeopati dan Dewan Bahasa turut terjebak secara tidak langsung ke dalam kesilapan yang tidak disengajakan, akan diketengahkan. Kalau boleh, kita perbetulkan.
Di dalam bahasa Inggeris, homeopati ditulis sebagai homoeopathy atau kadangkala dieja homeopathy. Tetapi istilah homoeopathy sebenarnya berasal daripada perkataan Yunani (Greek) iaitu homoios dan pathos. Makna homoios dan pathos telahpun digunakan secara keliru di dalam sesetengah jurnal dan berita yang dikeluarkan oleh beberapa persatuan homeopati di Malaysia. Hal ini berlaku sama ada kerana kurang kepekaan terhadap pengertiannya ataupun salahfaham yang berlaku dalam pengajaran prinsip perubatan homeopati itu sendiri.
Natijahnya, adalah lumrah sekiranya terdapat lulusan homeopati di Malaysia menulis, "Homois bermaksud persamaan manakala pathos membawa pengertian penderitaan….." (Mohamad b Jolhi, Menanti Kelahiran, 1993: ms.1) Satu lagi contoh ialah "penawar itu dikatakan ‘homeopati’ kerana bahan asasnya berupaya menghasilkan ‘penderitaan’ (pathos = penderitaan) yang ‘sama’ (homeo = sama)" (Amalan Homeopati, Berita Homeopati, Ogos-Okt, 1992: ms. 68).

Implikasi Kesilapan

Justeru kesilapan di atas, kita dapati apabila digabungkan homoeo dan pathos yang mewujudkan istilah homoeopathy maka jadilah ia ‘sama penderitaan’ atau ‘sama penyakit’. Perkara yang dipandang kecil ini memberi implikasi yang cukup besar. Implikasi ini dapat ditunjukkan melalui kesilapan-kesilapan yang menjadi ekoran daripada kesalahan tadi, iaitu:
* Kesilapan pengertian
Pengertian yang diberikan oleh sebahagian besar pengamal homeopati terbit daripada premis asas tadi. Umpamanya, ada pengarang yang memberi maksud homeopati secara ringkas seperti "penderitaan yang sama" (Ahmad Khan Said, Mengenali Homeopati Melalui Rawatannya, 1986: ms.3) ataupun takrif yang panjang seperti homeopati "adalah suatu sistem perubatan yang mana ubat diberi berasaskan kepada persamaan yang ujud dalam dadah sewaktu ujikaji dengan gejala yang ada pada pesakit. Dengan lain perkataan persamaan antara pesakit dan ubat". (Apakah dia homoeopathy, Majalah Curentur, Nov. 1991: ms.5)
* Kesilapan prinsip
Kesilapan ini ialah kesilapan menterjemah beberapa ungkapan atau prinsip yang menjadi pegangan homeopati sedunia. Sebagai contoh:
  • ·        Similia similibus curentur diterjemahkan sebagai "biarlah yang sama diubati oleh yang sama" (Ahmad Khan Said, 1986: ms 2; Mohamad Jolhi, 1993: ms.1) atau "Persamaan dengan persamaan menyembuhkan". (Apakah dia homeopathy, Majalah Curentur, Nov. 1991: ms. 6)
  • ·        Law of Similars diterjemahkan sebagai "Hukum Persamaan" (Sulaiman Nordin, Sains Menurut Perspektif Islam, 1995: ms.198; Ahmad Khan Said, ms 2; Mohamad Jolhi, 1993: ms.9; Rawatan Sukan Homeopati, 1991: ms. 4)
  • ·        Like cured by like diterjemahkan sebagai "badan (zat) boleh dipulihkan oleh badan (zat) yang sama" (Sulaiman Nordin, 1995: ms.198)
* Kesilapan terjemahan petikan
Apabila pengamal homeopati memetik kata-kata daripada mana-mana tokoh, berlaku sama ada kesilapan memahami maksudnya atau kesilapan yang terbawa-bawa daripada kesilapan awal tadi. Ini berpunca daripada kegagalan dalam menterjemah ‘homeo’ dan ‘similar’ dengan tepat. Sebagai contoh, dikatakan Dr. Hahnemann merumuskan pendapat Hippocrates sebagai berikut: "Nampaknya penawar-penawar boleh menyembuhkan gejala-gejala yang ada persamaan dengan yang boleh dihasilkannya" (Amalan Homeopati, Berita Homeopati, Ogos-Okt. 1992: ms 65).
Sebenarnya kenyataan Hippocrates yang mengandungi perkataan similar itu berbunyi begini, "By similar things a disease is produced and through the application of the like, it is cured". Kerana itu terjemahan yang paling hampir sepatutnya berbunyi "Menerusi benda yang serupa penyakit itu terjadi dan menerusi aplikasi yang serupa ianya disembuhkan" (Mohamed Hatta Abu Bakar, Perubatan Homeopati, 1977: ms.1-2).

Punca Kesilapan

Kesilapan ini mungkin berpunca daripada pendidikan tidak formal yang diterima oleh sebahagian pelajar-pelajar homeopati di Malaysia. Mereka kurang memberi perhatian kepada bahasa asal atau aspek penting daripada ilmu yang diterima. Tetapi kesilapan ini juga barangkali berpunca daripada makna ‘similar’ yang mungkin diwariskan daripada guru yang dipelajari ataupun dikutip daripada kamus Dewan.
Di dalam Kamus DwiBahasa (terbitan DBP), perkataan similar (ms.1164) diertikan sebagai "semacam; sebentuk; sama (benda, ciri dll); serupa: both of them have - taste in music Kedua-dua mereka mempunyai citarasa yang sama dlm muzik". Similarity pula diertikan sebagai "perihal (sama) serupa; kesamaan; keserupaan".
Jika kita lihat perkataan same (ms.1101), di dalam kamus tersebut ia disamakan dengan "sama; tidak berbeza (rupa, keadaan dll); serupa;…." Di sini, tidak ada perbezaan di antara istilah "sama" dan "serupa". Sejauh mana tepat terjemahan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kita boleh bandingkan dengan terjemahan beberapa buku atau kamus lain.

Makna sebenar

Jadi, sebelum kita kembali kepada istilah homeopati, kita lihat dahulu apa yang ditakrifkan oleh kamus Bahasa Inggeris terhadap perkataan similar. Di dalam Webster’s Dictionary Library (1980, ms. 293) similar diberi pengertian sebagai berikut: "like; resembling; exactly corresponding. -ity n. quality or state of being similar". Sementara perkataan same (ms. 278) diertikan sebagai "identical; not different; of like kind; unchanged; uniform; aforesaid". Di sini jelas perkataan similar dan same itu dibezakan. Bahkan hal ini diberi perhatian berat di dalam kebanyakan kamus berbahasa Inggeris.
Demikian juga halnya dengan erti perkataan homeopati, ia telah diberikan takrif yang tepat hampir dalam kesemua buku homeopati atau kamus yang berbahasa Inggeris. Kita petik satu contoh daripada buku yang dihasilkan oleh Dr. George Vithoulkas, Homeopathy Medicine of the New Man (1989):
"Hahnemann called his new medicine homoeopathy, a word taken from Greek homeos meaning ‘similar’, and pathos meaning ‘suffering’. Thus, homoeopathy means ‘to treat with something that produces an effect similar to the suffering’. (Vithoulkas, G., Medicine of the New Man, 1989: ms.16)
Di dalam kamus Webster’s Dictionary Library (ms.156), takrif homeopathy dijelaskan dengan maksud:
"the treatment of disease by the administration of very small doses of drugs which would produce in a healthy person effects similar to the symptoms of the disease".
Perkataan yang digunakan bagi menjelaskan maksud homeopati di sini ialah similar, bukan same. Ia sudahpun diseragamkan di dalam kamus-kamus bahasa Inggeris, demikian juga dalam kesemua buku-buku homeopati dalam bahasa tersebut. Seharusnya, penjelasan maknanya di dalam bahasa Melayu pun demikian. Di sini, saya tertarik dengan makna yang diberikan oleh Kamus Jururawat (kamus terjemahan yang diterbitkan oleh Fajar Bakti: ms.251) yang telah memberi erti perkataan similar dengan tepat bagi makna homeopathy, iaitu: "sistem perubatan berdasarkan teori ‘serupa menyembuh serupa’".
Kesedaran tentang perbezaan istilah similar dan same telah meluas di dalam bahasa Inggeris. Demikian juga kesedaran tentang istilah homeo dan homo. Mengenai ketidakarifan ahli alopati tentang perbezaan ini, Dr. Samuel Hahnemann sendiri pernah menulis secara sinis sebagaimana berikut:
"I shall alluded here to those who write and get printed homopathic and homopathy in place of homoeopathic and homoeopathy, thereby betraying that they are not aware of the immense difference between homo and homoeo, but consider the two to be synonymous.…… Do they not understand enough Greek to know that (alone and in combination) homo means common, identical, the same but that homoeo means only similar, resembling the object, but never reaching it in regard to nature and kind, never becoming identical with it?"
"The homoeopathic system of medicine never pretended to cure a disease by the same, the identical agent by which the disease was produced - this has been inculcated on the unintelligent opponents often enough but, as it seems, in vain;- no! it only cures by means of an agent never exactly corresponding to, never identical with the cause of the disease, but by means of a medicine that possess the peculiar power of being able to produce only a similar morbid state and this is the mode most in comformity with nature?"
"Cannot these persons feel the difference between ‘identical’ (the same) and ‘similar?" (Jayasuria, A, Clinical Homoeopathy, 1993: ms.38)

Pengertian Dr. Burhanuddin

Betapa pentingnya makna bagi setiap istilah ini telah ditekan dan diberi makna dengan amat baik oleh tokoh pengasas homeopati dan pejuang tanah air, Dr. Burhanuddin al-Helmy. Kefahaman ini juga dapat dikesan di kalangan pengamal homeopati yang belajar secara langsung daripada beliau khususnya Prof. Dr. Mohammed Haji Yacob. Amat mengecewakan sekali apabila istilah yang menjadi tunjang falsafah perubatan homeopati ini tidak difahami dengan baik oleh penuntut homeopati dewasa ini.
Untuk membuktikan kenyataan ini, sekarang kita lihat huraian Dr. Burhanuddin al-Helmy berkenaan makna homeopati:
"Homeopathy berasal dari perkataan Greek. Homeo ertinya seperti, seakan-akan, semisal, serupa, seiras, seraksi. Pathy dari perkataan Pathos ertinya sakit atau penyakit, penanggungan sakit. Maksud homeopathy itu ialah cara perubatan yang seraksi atau cara mengubat orang sakit dengan ubat yang berkhasiat serupa dengan semboyan orang sakit itu". (Mohamed Hatta Abu Bakar, Homeopati: Perubatan Alaf Baru, 1999: ms. 85)
Di dalam bukunya ‘Falsafah Perubatan Homeopati’ yang tidak pernah diterbitkan dan kesemua artikel beliau di dalam majalah Persatuan Perubatan Homeopati Malaysia, nampak benar sikap hati-hati Dr. Burhanuddin dalam memahami dan menjelaskan falsafah perubatan homeopati. Beliau tidak pernah menukar perkataan serupa (similar) dengan perkataan yang mengelirukan. Perhatikan satu lagi contoh tulisan beliau:
"Homeopati ialah satu sistem ilmu perubatan yang mempunyai falsafah yang teguh, iaitu perubatan yang menggunakan kaedah SERUPA atau mengubat mengikut RAKSI atau mengubati seseorang sakit itu dengan ubat yang serupa semboyannya. Iaitu bila sesuatu ubat atau racun yang berkhasiat ubat dimakan oleh orang sihat akan membuat beberapa sakit dan penyakit maka ubat yang demikian itu bolehlah diubatkan atau menyembuhkan sesuatu penyakit atau sakit yang serupa dengan khasiat ubat itu."
"Cogan kata kaedah ini disebutkan dalam bahasa Latin: Similia- Similibus-Curentur. Ertinya: ‘Serupa dengan serupa boleh menyembuhkan.’" (Mohamed Hatta Abu Bakar, 1999: ms. 84-85).

Saranan Istilah

Apa yang dinyatakan oleh Dr. Burhanuddin itu amat bertepatan dengan makna yang diberikan dalam kuliah ilmu perubatan homeopati di peringkat internasional. Buku-buku dan nota kuliah mereka jelas seragam, termasuk dalam kamus bahasa Latin dan Inggeris. Persoalan pengamal homeopati di Malaysia kurang memahami atau tidak menitikberatkannya adalah persoalan yang berbeza. Tetapi yang jelas Dr. Hahnemann sendiri pernah menegaskan peri pentingnya pemahaman yang betul dan mengkritik mereka yang jahil mengenainya.
Berpandukan tulisan Dr. Burhanuddin al-Helmy dan pada pengamatan saya terhadap istilah atau perkataan yang dibangkitkan di sini, saya ingin menyarankan penggunaan dan penyeragaman istilah atau perkataan berkaitan. Saranan ini akan berupa rumusan bagi menyelesaikan isu kegagalan memartabatkan istilah yang tepat kepada perkataan asal "homeo" atau "similar". Istilah-istilah dan perkataan-perkataan itu ialah:
·        Homeo bermakna serupa
·        Homeopathy bermakna serupa - penyakit
·        Homo bermakna sama
·        Homogenous bermakna sama - jenis
·        Homosexual bermakna sama - jantina
·        Similar bermakna serupa, seraksi, seiras, semisal, seakan
·        Same (identical) bermakna sama (identikal)
·        Similia-Similibus-Curentur bermaksud ‘Serupa dengan serupa boleh menyembuhkan’.
·        Similimum diertikan keserupaan atau "serupa dalam hampir setiap aspek.
·        Law of Similars bermaksud Hukum Keserupaan atau Undang-undang Seraksi
·        Like cures like bererti ‘(Penawar) yang serupa menyembuhkan (penyakit yang mempunyai simptom sakit) yang serupa’.
Akhir kalam, boleh disimpulkan bahawa sememangnya ada yang serupa tetapi tidak sama. Yang serupa itu tidak sama dalam semua aspek. Ada yang sama, tetapi tidak sama dengan yang serupa. Dr. Samuel Hahnemann menganggap perkara ini sebagai asas bagi kefahaman terhadap falsafah dan prinsip ilmu perubatan homeopati. Saya percaya demikian jugalah halnya dalam bidang-bidang yang lain yang menggunakan konsep atau ungkapan ini.